18 October 2010

MyGfl - Malaysia Grid for Learning

MyGfl - Malaysia Grid for Learning adalah berkaitan dengan e-portal pendidikan Malaysia yang dibangunkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat Pendedahan Pengunaan MyGfl kepada Guru- guru telah diadakan pada tarikh 13hb Oktober 2010 hingga 15 hb Oktober 2010 bertempat di Hotel Citrus Kuala Lumpur.

Penggunaan portal ini akan menarik minat pelajar dan dapat menyenangkan tugas guru memandangkan bahan pengajaran dan pembelajaran akan tersedia untuk guru dan boleh dikongsi oleh warga pendidik. Portal ini masih dalam pembinaan dan akan dapat digunakan oleh guru sedikit masa lagi.